salam. n selamat pagi semua

ni l orang cakap salah 1 penyakit hug sampai sekarang.
sepatutnya orang tido di waktu ini manalaka hug pulak kerja waktu ini..
al maklumlah waktu kerja mat saleh sana tu. haha
so nak tau apa hug buat pagi2 camni? erm.. selalunya hug kalau time2 camni suka sangat buka folder2 gambar tengok 1 per 1. dari situ hug dapat nilai diri sendiri dimana kemajuan yang hug dah capai dalam masa 1 tahun dalam bidang kamera ni. selalunya hug akan tergelak lepas tengok balik gambar2 tu, dan berfikir "oh mcam ni aku amik gambar dulu! xda jalan cerita,xda skill" for now pun hug masih lagi belajar cara dan teknik yang betul dalam proses amik gambar.
Alhamdulillah skarang masih ada custemer yang nak perkhidmatan hug. not bad la dengar bayaran hug mintak. xda la sampai mahal2. kita pun masih belajar. kalau salah mintak tolong ajarkan. dan hug jugak bukan lah suka nak downkan orang lain sepertimana orang lain DOWN kan hug. so hug terima kalau orang buat mcam tu dekat hug. sbb tu adalah pembakar semangat hug untuk berjaya.
so 18Dec 2010 ni hug ada khursus profesional untuk DSLR consumer. harga pun berpatutan la.. memang dah banyak khursus yang hug dah masok.orang cakap lain cikgu lain ilmunya. so hug pun nak jugak + ilmu yang sedia ada. para pengajar tu juga adalah salah seorang photographer yang hug admire dengan seni dia! sumpah gambar dia sangat lawa.
kalau nak bertanya sesuatu tentang dslr insyallah hug bleh terang dan jelaskan sikit demi sedikit apa funtion yang sebenarnya. xnak lah orang kata kita ni bawak dslr sbb ikut trand.. sorry hug bukan jenis macam tu. walaupun hug kemana2 hug x penah sesekali nak gantung kamera dekat leher or whatever mcam orang lain buat tu. walaupun kita ada, kita simpan. bukan niat untuk menunjuk. tapi tu lah periuk nasi hug. dengan tu hug cari rezeki buat bayar kolej fees, belanja. duit mak n ayah? ada la skit2.. tu pun tengah sesak! hahaha..
so kat sini hug nak letak beberapa gambar untuk u all ok.. wat masa sekarang kemera yang paling hug sayang di antara yang lain2 adalah d3000 n d90. sbb? haaa. tu la punca rezeki hug dari dulu sampai sekarang..
so hug pun dah malas nak tulis panjang2. nanti ada masa hug tulis lagi eh.
wish u all selamat berjaya dalam apa bidang sekalipun yang u all ceburi. jangan sesekali pandang rendah terhadap kemampuan diri sendiri ok.!
salam

4:21am
Zulhaq Shuit
No comments:
Post a Comment