Wednesday, December 1, 2010

Asas Kemere DSLR part 1

Salam sejahtera kepada semua. Hari ni rasanya nak berkongsi sedikit asas mengenai kamera DSLR. Rasanya benda yang aku nak kongsikan ni ramai yang dah tahu, tapi apa salahnya aku kongsikan lagi untuk kawan-kawan yang belum tahu sangat macam aku ni. Oh, sebelum terlupa, apa-apa yang aku kongsikan kat sini semuanya hasil daripada carian aku di internet, pastu diolah mengikut kefahaman aku k.
Untuk perkongsian mengenai asas kamera ni, aku akan bahagikan beberapa bahagian. Untuk memudahkan kita sama-sama memahami apa yang perlu kita tahu secara asas mengenai kamera ni k. Jika ada kalau ada kekurangan, harap maklumkan la. Sebab aku pun masih dalam proses nak mengenali kamera ni. Hehe

SHUTTER

Shutter ni merupakan satu alat yang mengawal jumlah cahaya yang masuk dalam kamera korang. Kelajuan shutter (Shutter speed) untuk kamera DSLR ni biasanya boleh di tetapkan sendiri oleh pengguna, sama ada nak laju, ataupun lambat.
Untuk kelajuan shutter ni, ia diukur menggunakan indeks yang mempunyai nilai B,1,2,4,6,15,30,60,125,250,500,1000, dan 2000. Ini bermaksud jika kelajuan shutter korang set pada 1000, bermaksud shutter kamera korang membenarkan cahaya masuk cuma selama 1/1000 saat. Lagi besar jumlah yang ditentukan, lagi sekejap jumlah cahaya dibenarkan masuk. Makin kecil, makin banyak cahaya yang dibenarkan masuk.
Untuk ambil gambar yang pegun, bagi objek bergerak, korang kena set shutter korang pada kelajuan yang tinggi. Lagi tinggi shutter speed korang, lagi jelas gambar objek bergerak yang korang dapat tangkap. Tapi kena ingat, bila shutter speed laju, maka jumlah cahaya yang masuk pun sedikit. So, pada situasi ni kita kena pandai menggunakan ciri-ciri lain yang ada pada kamera DSLR (aperture, dan ISO) ini untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Untuk korang faham lagi beza gambar pada shutter speed yang tinggi atau rendah korang boleh tengok gambar yang aku sediakan di bawah ni k.

  • Kiri       : Shutter speed paling laju, di mana kipas yang tengah berpusing nampak pegun (tidak bergerak)
  • Tengah :Shutter sederhana, kipas masih menampakkan bentuk, tapi kabur.
  • Kanan   : Shutter lambat: Kipas nampak kabur sepenuhnya
Rasanya setakat ni je apa yang aku faham mengenai Shutter ni. Kalau korang ada apa-apa tambahan, jom la kongsi sekali dengan aku. Bersama-sama kita saling “belajar dan mengajar” k.

Share dari  http://mrnamie.com/

No comments:

Post a Comment